OFFICIAL POSTER
Konsert Heart And Soul: A Moment For Syria adalah sebuah konsert amal bertujuan meraih dana untuk disumbangkan kepada penduduk Syria yang terjejas akibat krisis Perang Saudara. Sumbangan disalurkan melalui sebuah badan bukan kerajaan iaitu Cinta Syria Malaysia (CSM) yang bergiat aktif membantu pelarian Syria. Sebahagian dana yang diraih akan disalurkan ke Tabung Winter Mission 7.0 yang akan bermula September ini.Konsert ini bakal menampilkan barisan penyanyi tempatan iaitu Mark Adam, Nastia, Naim Daniel dan Alimin serta barisan artis PIS Rising Star 2019 yang akan mempersembahkan nyanyian,sajak dan juga puisi dalam nyanyian.Selain itu, kami juga menjemput komuniti setempat khususnya peniaga berdaftar untuk memeriahkan Vendor Corner iaitu aktiviti jualan seperti jualan makanan, aksesori, barangan terpakai, perkhidmatan Seni Henna dan lain-lain.
OBJEKTIF PROGRAM
ü Untuk meraih dana untuk disalurkan kepada Projek Winter Mission 7.0 yang dikelolakan oleh Cinta Syria Malaysia.
ü Untuk memenuhi syarat penilaian 100% bagi subjek DTE6044 Event Project.
ü Untuk memenuhi syarat penilaian 30% subjek DUA6022 Komunikasi dan Penyiaran Dalam Islam.
AKTIVITI PROGRAM
· Persembahan nyanyian oleh Naim Daniel, Nastia, A.Limin dan Anwar Hamzah.
· Persembahan nyanyian, sajak dan puisi oleh artis PIS Rising Star 2019
· Slot Khas Cinta Syria Malaysia
· Vendor Corner yang menghimpunkan pelbagai jenis aktiviti jualan seperti jualan makanan, aksesori,pakaian, bundle, Henna Art dan lain-lain.
PROGRAM : Konsert Heart And Soul : A Moment For Syria
MASA : 8.00 AM - 11.00 PM
TEMPAT : Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil,Politeknik Ibrahim Sultan
PENGANJUR : Pelajar Semester 5 Diploma Pengurusan Acara (SSUP EVENT)
KOLABORASI : Cinta Syria Malaysia
JUMLAH SASARAN : 1000 orang
KUMPULAN SASARAN : Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dan Komuniti Pasir Gudang, Johor.
VIDEO GIMIK KESELAMATAN
VIDEO ANWAR AMZAH
VIDEO GIMIK KESELAMATAN
VIDEO GIMIK BERMONOLOG
VIDEO ANWAR AMZAH
FEEDBACK DARIPADA NAIM DANIEL
28 SEPTEMBER 2019, JOHOR - Sekumpulan pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dari Semester 5 Diploma Pengurusan Acara telah melaksanakan satu konsert yang diberi nama KONSERT HEART AND SOUL pada 28 September 2019. Objektif konsert ini adalah menjadikan satu platform kepada komuniti setempat Pasir Gudang khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menyumbang kepada satu perbadanan bukan kerajaan iaitu Cinta Syria Malaysia bagi pengutipan dana yang bakal disalurkan kepada tabung yang diberi nama WINTER MISSION 7.0.
Konsert Heart And Soul telah menampilkan beberapa orang artis terkenal tanah air seperti Mark Adam, Naim Daniel, Nastia, A.Limin serta Anwar Amzah. Pada sebelah pagi, telah berlansungnya beberapa aktiviti seperti Vendor Corner, Jualan Bundle, lukisan Henna dan proses penebusan tiket konsert yang bakal diadakan pada sebelah malam. Aktiviti tersebut telah mendapat sambutan dari pelbagai pihak seperti kunjungan dari komuniti setempat dan sebagainya.
Konsert Heart And Soul telah berkolaborasi dengan beberapa pihak luar seperti Lukis Bunyi, Abstrax, Stickybox dan Cinta Syria Malaysia. Dengan kekuatan seramai 22 orang penganjur dari DEV5B serta beberapa orang sukarelawan, konsert ini telah berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah. Sebanyak 515 tiket telah terjual pada malam tersebut. Pengunjung yang hadir telah dihiburkasn dengan beberapa persembahan yang dipersembahkan oleh artis PIS RISING STAR 2019 seperti Nabil, Atiqah, Meng Meng dan penyajak duo Aqilah dan Izz. Selain itu, terdapat juga beberapa persembahan khas yang dinanti-nantikan oleh penonton iaitu nyanyian lagu Menunggumu oleh Naim Daniel yang telah trending di Youtube.
Pihak penganjur berharap agar konsert ini dapat membuka mata
pelajar dan komuniti Pasir Gudang tentang kesusahan dan penderitaan yang
dihadapi oleh rakyat Syria. Kami juga berharap agar konsert amal seperti ini
dapat diterima oleh rakyat Malaysia dan sekaligus dapat dilaksanakan pada masa
akan datang.
LAMPIRAN
PEMASANGAN KHEMAH
PEMASANGAN BACKDROP
PERSIAPAN TEMPAT
TEKNIKAL
ARTIS PIS


























No comments:
Post a Comment